Saya telah membuat aduan kepada NCCC(National Consumer Complaints Centre) mengenai penipuan Syarikat Life Time Holidays Sdn. Bhd. Ini nasihat/jawapan dari Deivigarani Krishna, Legal Executive NCCC. Pada pelabur-pelabur yang telah tertipu saya menggesa anda membuat laporan dengan menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial seperti di bawah.
________________________________________________________________________________
Saudara,
Sila hubungi alamat seperti dibawah:
JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIAL
IbuPejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur.
Telefon:03 - 2266 2222 /2616 3822
Faks:03 - 2070 7500
Regards,
Deivigarani Krishna
Legal Executive
National Consumer Complaints Centre
E-mail: deiviga@nccc.org.my
URL: www.nccc.org.my
________________________________________________________________________________
nama : Khairul Nizam Bakar
email : airsihatku@gmail.com
aduanbox :
sektor : Lain-lain/Others
namasyarikat : Life Time Holidays Sdn. Bhd.
alamatsyarikat : 94A, Jalan SS 21/39, Damansara Utama, Petaling Jaya, 47400
telsyarikat : 03-7725 1872
tarikhaduankepadasyarikat :
jawapanaduansyarikat : Tiada jawapan/No reply
aduan : Saya ingin membuat aduan dan pendedahan bahawa saya telah menyertai pakej pelaburan Mesin Air R.O. atas jenama Air Sihat Ku berserta lokasi dengan kos pelaburan RM 38000 bersama syarikat Life Time Holidays Sdn. Bhd. Pada awalpenglibatan saya dengan syarikat ini mereka membayar RM 1000 - 1200 setiap bulan hasil dari collection dari Mesin Air R.O. yang saya telah labur dalam syarikat tersebut. Tetapi semenjak Mac 2011 mereka telah menghentikan pembayaran dengan alasan keadaan cuaca yang tak menentu di lokasi serta mempunyai masalah dalaman organisasi mereka serta banyak alasan lain yang tidak logik. Kini saya dan ramai lagi pelabur lain telah kerugian kerana kami terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri bagi melangsaikan hutang atau pinjaman bagi menyertai pakej pelaburan ini. Semua orang dari syarikat Life Time Holidays Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab dalam menguruskan pelaburan ini sudah melarikan diri keluar negara dan gagal dihubungi. Saya dan para pelabur yanglain telah melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan kes ini masih dalam tindakan mereka. Kami amat berharap sesiapa yang ditawarkan pakej seperti ini oleh orang yang mungkin telah menukar nama syarikat tetapi melakukan modus operandi yang sama menipu para pelabur agar berhati-hati agar tidak ditipu oleh mereka.
anggaran kerugian : 38000
Perhatian kepada sesiapa yang pernah berurusan dan telah diTIPU oleh syarikat Life Time Holidays Sdn. Bhd. anda dinasihatkan membuat laporan kepada pihak berkuasa agar perkara seperti ini tidak berlaku kepada orang lain. Sila join Facebook Page 1airsihatku untuk berbincang dengan investor lain dan bertukar-tukar pandangan bagi menyelesaikan permasalahan ini. Search 1airsihatku di Facebook.
Monday, September 19, 2011
Thursday, September 8, 2011
Perjumpaan Pelabur Air Sihat Ku - Life Time Holidays Sdn. Bhd.
http://www.facebook.com/event.php?eid=212425915481610
Time |
Saturday, September 10 · 2:00pm
|
---|---|
Location |
Mc Donald`s Damansara Uptown, Tower C, Uptown 5, Jalan SS21/39, Damansara Utama
|
Created By | |
More Info |
Semua
investor di jemput untuk hadir dan bincangkan masalah kita. Sila bawa
apa sahaja maklumat yang boleh bantu kita untuk ambil tindakan pada
syarikat yang sudah menipu kita.
Kalau ada investor yang kenal dengan investor2 lain yang tiada dalam senarai ni...boleh juga jemput meraka semua... |
Kepada Semua Investor Yang Dah Tipah-Tertipu Sila Hadirkan Diri.
Jangan Hanya Cakap Banyak Saja Di Facebook.
Mari Kita Beramah Mesra Sambil Makan Double Cheese Burger!
Wednesday, September 7, 2011
Alamat Life Time Holiday Sdn. Bhd.
Ini adalah alamat syarikat Life Time Holidays Sdn. Bhd. yang masih beroperasi.
Life Time Holidays Sdn. Bhd.
Business Listing
94A, Jalan SS 21/39, Damansara Utama, Petaling Jaya, 47400
- Tel 03-7725 1872
- Fax 03-7725 1875
Location
Sumber: http://superpages.com.my/listings/my126541
Penipuan Life Time Holidays Sdn. Bhd.
Terima kasih kerana datag ke blog ini. Anda pasti pernah berurusan dengan syarikat ini dan mesti telah ditipu oleh syarikat Life Time Holidays Sdn. Bhd. sama ada tertipu dengan pakej pelancongan yang menarik, pemberian voucher percuma dan pelaburan mesin air R.O. di lokasi-lokasi menarik seluruh Malaysia.
Kami ucapkan tahniah jika anda masih belum ditipu dan anda sedang research lebih lanjut tentang syarikat dan pelaburan yang ditawarkan.
Kepada yang telah ditipu puluhan ribu ringgit dan malahan ada sehingga ratusan ribu ringgit...
APA TINDAKAN ANDA?
Adakah anda masih terus menunggu pihak syarikat untuk membayar anda? Kami rasa ia suatu yang mustahil!
Kami amat berharap anda join komuniti yang telahkami buat di Facebook bagi memberi kesedaran dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang kita sama-sama hadapi ini.
Kami amat berharap sesiapa yang akanmendapat tawaran dari syarikat Life Time Holidays sdn. Bhd. ini tidak ditipu seperti kami.
Subscribe to:
Posts (Atom)