Monday, September 19, 2011

Aduan Penipuan Syarikat Life Time Holidays Sdn. Bhd. kepada NCCC

Saya telah membuat aduan kepada NCCC(National Consumer Complaints Centre) mengenai penipuan Syarikat Life Time Holidays Sdn. Bhd. Ini nasihat/jawapan dari Deivigarani Krishna, Legal Executive NCCC. Pada pelabur-pelabur yang telah tertipu saya menggesa anda membuat laporan dengan menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial seperti di bawah.

________________________________________________________________________________

Saudara,

Sila hubungi alamat seperti dibawah:


JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIAL
IbuPejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur.
Telefon:03 - 2266 2222 /2616 3822
Faks:03 - 2070 7500


Regards,
Deivigarani Krishna
Legal Executive
National Consumer Complaints Centre
E-mail: deiviga@nccc.org.my
URL: www.nccc.org.my


________________________________________________________________________________


nama : Khairul Nizam Bakar
email : airsihatku@gmail.com
aduanbox :
sektor : Lain-lain/Others
namasyarikat : Life Time Holidays Sdn. Bhd.
alamatsyarikat : 94A, Jalan SS 21/39, Damansara Utama, Petaling Jaya, 47400
telsyarikat : 03-7725 1872
tarikhaduankepadasyarikat :
jawapanaduansyarikat : Tiada jawapan/No reply
aduan : Saya ingin membuat aduan dan pendedahan bahawa saya telah menyertai pakej pelaburan Mesin Air R.O. atas jenama Air Sihat Ku berserta lokasi dengan kos pelaburan RM 38000 bersama syarikat Life Time Holidays Sdn. Bhd. Pada awalpenglibatan saya dengan syarikat ini mereka membayar RM 1000 - 1200 setiap bulan hasil dari collection dari Mesin Air R.O. yang saya telah labur dalam syarikat tersebut. Tetapi semenjak Mac 2011 mereka telah menghentikan pembayaran dengan alasan keadaan cuaca yang tak menentu di lokasi serta mempunyai masalah dalaman organisasi mereka serta banyak alasan lain yang tidak logik. Kini saya dan ramai lagi pelabur lain telah kerugian kerana kami terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri bagi melangsaikan hutang atau pinjaman bagi menyertai pakej pelaburan ini. Semua orang dari syarikat Life Time Holidays Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab dalam menguruskan pelaburan ini sudah melarikan diri keluar negara dan gagal dihubungi. Saya dan para pelabur yanglain telah melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan kes ini masih dalam tindakan mereka. Kami amat berharap sesiapa yang ditawarkan pakej seperti ini oleh orang yang mungkin telah menukar nama syarikat tetapi melakukan modus operandi yang sama menipu para pelabur agar berhati-hati agar tidak ditipu oleh mereka.
anggaran kerugian : 38000

No comments:

Post a Comment